Hills opposite gwambygine park, YORK, Western Australia
OMG! i'm soooooooo fricken BOOORRREED!!! Kena buat Company's Web Training pasal "Contractor Management Awareness" panjang giler course dia. Benda ni mandatory requirement as part of company's policy. Basically training ni nak roger caner nak deal dgn contractor, vendor, management dan macam-macam lagi. Kerja slow sikit pagi ni so masing-masing try sedaya upaya isi masa lapang ni dengan aktiviti yang sepatutnya... THE PLAN Anyway, aku dah plan dah mana nak pi weekend nih. Total round trip dalam 200KM+ gituh. Nama pekan aku nk pi tuh "Toodyay" yang terletak lebih kurang 87.5KM dari Suburb aku menetap. Ada la tempat - tempat aku nak singgah nanti. Berikut adalah spot yang aku plan untuk melawat. (selalunya plan aku ni tak menjadi... mwahahahah)
Mana dia Toodyay nih? Kat sini haaa. Tengok ler berapa jauh antara Toodyay vs Perth PREPARATIONS Prep dah buat? Yes and No. "YES" nya pada mechanical side of thing of the bike, "NO" nya packing necessary stuff to bring with me such as, tools, food dan lain lain. Several weeks ago, aku put so much effort on DIY most of the upgrades on the bike. FOG Lights, Servicing the coolant, and change tyres. Semua benda buat alhamdulillah selesai, except tayar. Nanti aku citer kes tayar. Berdasarkan gambar di atas, moto dah ditogelkan sebaik mungkin. Aku flushed out old coolant, pastu replace dgn baru punya coolant. Tengok botol kaler biru tuh. Hebat sangat katanya. Time ni jugak aku amik kesempatan untuk install Fog light. Fog light ni beli dari tanah besar China. Nak beli dari kedai tak mampo wooo... beratus ratus kena. Awak tak ler kaya mana pun... Cer tengok pintu pagar tuh dah cukup untuk judge sapa aku neh. Tayar ni tukar sebab dah haus bunga dia. By law in Western Australia, minimum thread is 1.5mm depth. Kalau nipis dari tuh, siapkan ratusan dollar anda. Dari aku bayar saman, baik aku invest kat tayar ni dulu. So aku pi ler kedai tayar kat sini tanya nak Heinedau K60 Scout. Dia check kata stok takdak, nak kena order which will take about 2 weeks. So kalo pi kat dia, dia tolong pasang dan buat balancing you looking at $360. Oooohh, takmo ko, nak jimat, pastu bajet nak pasang sendirik! Pastu bajet kalau adventurer, tayar bocor, nak tak nak kena pasang sendirik keseorangan. So aku beli online, dapat kat $320. Saved $40. Proses penukaran bermula. Aku bukak tayar tu sendiri. Aku beli bead breakers dalam 3 gituh, dan mulakan kerja. Takat nak bukak tayar tu senang. Nak pasang susah. Tayar depan? GREAT SUCCESS! Rim aku sekaligus calar balar. Tayar belakang cam sampah, susah giler baban nak pasang tayar baru. Ketat tak hengat nak kopek tayar tu terkam kat rimsokan neh. Cuba punya cuba, peluh dah serupa mandi sungai punya level, spent hours, still failed. Minyak letak sket kat keliling tayar, still sampah. Sampai wire tayar tu bunyik berketik ketik. Aku dah risau sudah. Tayar dia ni ketat sebab dua faktor aku bajet.
Last-last aku givap, pi hantar kedai esok pagi tuh. (DIY la sangat). Selit tayar + balancing kena dalam $130 in total. Hamik ko, tamak sangat. dah ler tuh, lepas dia isi angin tayar depan, tiub bocor dek kemahiran aku mwahahahahahah. So tukar gak tiub. Aku suh dia pasang yang heavy duty punya tube. SUMMARY Pengajaran, takleh gak kata aku ni kedekut taik idung masin, tujuan aku buat nih sebab nk train diri aku ni untuk bukak pasang tayar tu so aku leh berdikari bila saat aku terdesak. Malangnya aku fail. Aku besa buat dah dulu, tapi tu tayar lain. Ni tayar untuk dual sport ok, lebih tebal dan keras. In total + tayar aku bayar dalam $470. Sabar, sabar tu kan separuh dari iman. Allah dok uji la nih.... So, selesai tugas kesemuanya. Sambil-sambil tuh ada la aku letak grease dan check segala mak nenek sementara dok togel tu kan. Pastu adjust chain tension bagai. Aku dah test ride dah. Aku perasan tayar ni banyak vibration. Why not? tengok ler bunga dia tuh, berketul-ketul. Komplen? Then cuci, elok-elok make sure takde minyak setepet kat tayar tuh. Just in case kang eksiden lak kang kan?
Esok, naik moto gi opis, then balik rumah start packing untuk journey yang tak semana nih. Assalamualaikum!
Comments
|
PENULISAsalnya dari Kolumpo (KL) hijrah ke tanah kokesen Australia Barat (2005) atas sebab cinta kekdahnya (jiwang ler tew). Dari situ mulalah hidup hamba Nya ini di tanah southern hemisphere. Motif blog hanya sekadar nak berkongsi pengalaman di negara barat. Terutama sekali bab permotoran bertayar dua. (Tayar empat tu ada la selit-selit tu nanti) Kalau rasa-rasa berkenan sangat nak tahu lebih lanjut, silakan ke "ABOUT" page okeh? mampu? ARKIBKATEGORI |