Hills opposite gwambygine park, YORK, Western Australia
PerjalananDah lama tak hapdet Blog bukan? Dah tu? takdak cerita nak letak? Takkan nak letak blog cerita pasai kekuatan saya berak di siang hari? Kaler hapa? Kepekatan bagaimana? kann? haaaaa kita update Blog yg related dengan kisah Baja Hitam ni jah... ok? Hari ni aku decide nak pegi kedai aksesori moto. Nak beli Seat AirHawk yang pakai teknologi bubble. Dalam perjalanan aku kesana, cuaca asyik hujan jek memanjang. Camni ler dol bila mai Winter kat Perth. Takdak salji, cuma hujan yang banyak. Time ni ler tumbuhan-tumbuhan bertukar segar dan hijau. Ada sesetengah tumbuhan malu-malu nak tumbuh sebab sejuk sangat. Tinggal batang pokok tanpa daun. Ingat lagi kes derang buat jalan baru yang aku sesat arituh? Aaaaaa ofis aku kat area ni ler... sebelah dengan Airport. Refer: http://blacsoiladventures.weebly.com/kisahnya/all-day-trip-toodyay Ni salah satu jalan baru dia. Kon-kon jalan masih lagi tersergam indah kat atas jalan. Nak ke kedai tu nak tak nak kena lalu gak jalan nih. Jalan mengambil masa dalam 15 minit jaaa. Tak lama mana pun. Sampai jek, aku park kete, kuar kete, aku disambut dengan pandangan nih... Taktau aku nak kata samada ni taik hanjeng ke kuceng. Dari segi saiz, nampak cam taik hanjeng. Susah ler nak teka, sebab saiz dia tuh tak besar tak kecik. Tapi aku saspek hanjeng. Sebab apa tau? kat Oz kucing dan hanjeng dikawal pembiakan derang. Kuceng aku pun kena registered ok? kena bayar fees bagai. Siap suh letak tag kat collar kuceng lagi. Tag tu ada kod nombor ID untuk Majlis Perbandaran. Hanjeng pun kena gak law nih. Satu lagi possibility yang aku bajet, sebab memang jarang nak mampos ko nampak kucing bersiar-siar kat sini. Hanjeng pun sama. Yang meyakinkan aku ialah sebab owner sini suka bawak hanjeng jalan-jalan. Kucing tak. So aku bajet ni taik Hanjeng. Dan kalo owner dia ada time hanjeng ni melabur, owner dia ni memang lahabau. Sebab rules kat sini, hanjeng ko berak, ko kena kutip dan pi buang. Salunya kat park derang sediakan pelestik untuk kolek taik anjeng. Sendu tul hanjeng, tak tau cuci lepas berak. Okeh, Dah citer pasal taik. Ko dah kenapa? nak taik sangat dah? MotorradGarage
Dalam dia kecik jek, tak besar mana pun. Stor derang yang makan space. Lebih kurang dalam 90%. 10% tuh showroom dia. Moto ni katanya Tuan kedai punya. Pi keje balik keje naik moto nih. Tuan kedai yang dok jaga ni Makcik German. Laki dia keja tempat lain. So Makcik ni bukan calang-calang ler. Kat German dia rempit BMW R1200 ok? Moto ni dia saja letak sini untuk orang nak tengok eksesori yang lengkap kat moto. Satu strategi yang hebak. Bagus gak, sebab kadang-kadang ko pi website dia, tak perasan ada benda lain lagi yang dia jual. Kat bilik belakang lak, ada display moto aku. Tapi moto ni model lama ler. Takde beza dengan moto aku. Beza dia warna jek. Moto ni hampir lengkap dengan segala mod yang ada. Bilik ni kecik jek, dia sumbat bawak masuk moto. Makcik German kata moto ni dia beli semata-mata untuk display. Dia amik sekenhen. Still registered katanya. Slack, patut dia amik KLR yang tahun ni punya model. Baru ler cun. Kat label kertas pelestik tuh derang list kan mod-mod yang derang letak kat moto nih untuk rujukan pembeli. Hampir kesemua produk ni dari SW-Motech. Bilik ni gak derang hiaskan dengan kayu-kayu dan rumput nak bagi ada fefeeling kat dalam hutan camping gituh. Aaaa ko tak tengok lagi apa derang letak sebelah moto neh. Tengok gamba di bawah. (Right click > Open image new tab for full size) Hahahahahahh... KORANG MAMPO KAH? BOLEH? siap letak kerusi, bagai.. kayu api. Takpe lah, bagus lah idea tuh nak curi hati pembeli. Kalau derang tak buat camnih, pembeli tak tau apa lagi fungsi produk derang nih. Aku pun pernah tersangkut gak beli barang dek display derang nih. AirHawk 2Ni ha, aku nak beli sebab apa tau? Pi tempat jauh naik moto lama-lama montot ko kematu dol. Betul. Takleh nak dok diam bila sampai waktunya. So aku suh derang order benda alah nih. Rega online ko leh dapat dalam $125. Dengan derang ko dapat $135. Apa la sangat $10 beza. Airhawk ni ada berlain saiz. Dia bukan design untuk moto ja, dia design untuk montot abam Pilot, untuk bas, dan macam-macam lagi. Yang aku beli nih saiz untuk Small Cruiser. Muat ngam-ngam untuk seat aku. Produk ni mai skali dengan Strap untuk ko ikat kat seat ko. Siap dengan instruction, dan repair kit just in case ko terbocor kan bubble dia tuh. Ok so aku unpack seat , bukak isi dalam dia. Manual kat atas ni dia letak dalam seat tuh. Dalam dia ada bubble. Bubble tu ko kena tiup dari tiub besi yang derang attach kat bubble tuh Aku tiup style kemam ok, tak sentuh dalam mulut. Posa ni kan. Udara yang aku tiup tuh distribute ke seluruh belon belon pada seat tuh. Jenuh gak ler meniup. Berpinau sat kepala sebab perut kosong kan... Aku sangkut kan strap tuh pada seat, sangkut kat seat aku. Bawah seat AirHawk 2 nih dia punya permukaan macam kesat getah gituh. Untuk cengkaman pada seat moto. Gini ler rupa dia bila aku letak kat seat moto. Aku dah naik dah, rasa selesa gak ler. Tapi aku rasa cam tak cukup angin. Aku tambah lagi angin untuk match dengan keselesaan aku. Aaaa korang toksah isi angin full sangat, isi angin ikut keselesaan korang. Cam kes aku, seat ni kaw tim dengan montot aku yang pejal nih. Aku try gak henjut-henjut dan duduk pelbagai style, memang selesa ler. Dia ikut shape montot, dan kat area yang aku tak duduk tuh seat nih akan penuhi area yang aku tak duduk. Maknanya seat nih shape kan bentuk jubo aku ler. RUmusanSo, rumusan dia? So far aku berpuas hati gak ler beli menatang nih. Tapi kan, real test akan aku huraikan macamana pengalaman aku duduk atas sofa AirHawk 2 nih. Insyallah lepas raya nanti aku akan plan ke destinasi baru. Sekarang aku takleh nak puji sangat kehebatang seat neh... aaaaaa kang nyesal lak kan kalo puji lebih - lebih. Nanti aku sajes sama ada korang patut beli ke dak. Okeh? Kita jumpa lagi next time sekiranya di izin oleh Nya...
Terima kaseeeyyyyy....! Assalamualaikum Assalamualaikum, & Selamat Pagi,
Pagi yang mulia ni (mentang-mentang ler bangun sahur) aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Berpuasa. Moga sebulan ni takdak masalah tahan lapar, dan mintak jauh migrain. Aku besa kena dah dulu, migrain time posa. Hazab ko. Selalunya first 3 days struggle sket. Tapi lepas tuh okeh dah. Graphic bawah ni aku tepek-tepek kan sempena bulan Ramadhan. Bunga-bunga tu aku tak buat. Aku cuma tukar kaler, re-position pattern tuh, dan taip fonts tuh. PerlepasanSetelah seminggan berlalu, dah sampai masanya aku sambung plan aku yang sekian lama tertangguh. Aku rasa toksah ler ek aku mulakan balik dari bertolak ke rumah > Kedai kopi (The Imp) > pastu GO! Rasa - rasa nak baca gak sila refer post sebelum nih. 0630hrs: Bangun Subuh, semayang, then buat la sikit breakfast. Makan roti bakar jek, pastu final cek equipment yang aku bawak. Wallet, jam, camera, bawak bekal pastu main dengan kucing aku sat. Kenji nama dia. 0830hrs: Aku bertolak dari rumah menuju ke kedai kopi. Ya allah ya tuhanku sedapnya kopi dia ha pepagi buta nih. Panas dan fuhhhhh.... aku parking tempat sama gak cam harituh punya port.
1003hrs: Hentian pertama setelah 30mins bertolak dari bandar Perth. Aku stop sat kat hentian highway derang untuk setup camera kat body moto. Ni dah dikira kampung sket dah area aku stop nih. Takde facility hapa pun. Derang buat space untuk korang berhenti rehat, dan tong sampah. Camtu ler semi rural punya hentian. Hina tul Lepas aku dah attach camera pada body Blacky, aku teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan aku nih, matahari direct kat muka. Memang betul - betul depan aku. agak susah sket ler nak nampak depan. Tapi dengan visor tinted aku dan spek itam, aku leh menten visi aku kat atas jalan. Jalan derang baru turap. Nampak jalan tu macam bercahaya berkilat sebab pantulan dari matahari. "Sinaran... Mentari menyinari Menusuk ke jiwaku Ketika bersamamu" - Shiela Majid Dalam perjalanan aku nih, telah aku disajikan dengan pemandangan - pemandangan yang berbeza dari suasana metropolitan. Pokok - pokok pun buas menumbuh sepertimana korang tengok gamba di atas. 1015hrs: Setelah minit berminit lepas, aku suda sampai satu daerah baru. Gidgegannup Gidgegannup namanya datang dari kaum kerabat orang asli/pribumi di tanah Australia. Nama Gedgegannup bermaksud "Tempat terbuatnya Lembing" atau dalam bahasa kokesennya "Place where spears are made". Daerah ni terletak 40KM Timur Laut dari bandar Perth. Area dia bapak besar, 333.5KM persegi.
1030hrs: Turun bawah sket, kona kanan then sampai ler tempat beriadah haaa... Spertimana yang tertera pada signboard, tempat ni sekadar untuk picnic sahaja. Bukan tempat ko bermalam dalam caravan, khemah atau dalam segala bentuk kenderaan. Sungai ni nama nya "Wooroloo Brooke". Anak Sungai Wooroloo. Tenang jek kan? Suasana kat sini memang sengap sunyi ja. Yang korang dengar ialah aliran air dan binatang -binatang dalam semak. Aku ada la explore sket area nih. Memang best untuk sesapa nak menapak masuk dalam semak. Trail tu memang derang dah buat dah siap siap. Aku tengok derang bawak hanjeng pi jalan. Ada sesetengah just datang bersiar-siar, jogging dan banyak lagi. Insyallah lepas Ramadhan ni aku nak redah masuk hutan. Layan dol suasana sejuk camnih masuk. Jauh dari perbandaran dan bunyik bising. Jarang kat Perth ada batu-batu besar camnih. Salunya Perth ni pasir banyak. Tanah derang takleh ko nak tanam buah buahan, bunga bagai. Dia leh kawtim dengan bangsa pokok derang jek. Pokok derang lain woo, tak macam kat mesia. Pokok-pokok sini tahan lasak, mampu tahan empat musim. Still gagah. Batu-batu camni memang jarang dilihat kat Perth. Ni kira batu sungai derang la nih. Kasar gak ler permukaan dia. Cam kat mesia stok licin-licin kan? ni stok Transformers gituh. Berketak jah. Ada la aku cuba mengamati suasana kat sini. Pikir masa depan, bila nak mati, apa hala tuju aku, dan caner Allah buat semua benda kat sini. (Cam drama siot) Pastu aku pi ke moto balik, nak siap-siap bertolak. Ada gak aku snap gamba sket. Sambil aku snap tuh, ada dua orang mamat datang kat aku. (Si Kurus, Si Domok, dan Aku) Si Kurus: "Travelling ke?" Aku: Takde ler, Travelling hapa, round trip jek Si Kurus: Moto baru beli ke? Aku: Tak ah, moto ni aku salu cuci, tak suka kotor. Ni japgi kang kotor la nih. Si Domok: Baru beli hapa, cer tengok nomot plet tu pun dah kemek teruk. Plet pun dah lama ler. Aku: Aku bukan hapa, malas ler masuk dirt sini, kalo masuk dirt dia tu memang stok melekat susah nak buang Si Domok: Pi mana? Aku: Dari Perth > Toodyay > Chittering Si Domok/Kurus: Ko bawak moto elok-elok, sini orang bawak laju. Kelmarin ada satu treler terbalik sebab bawak laju. Jaga diri tu elok-elok. Safe ride. Aku: thanks, akan ku berhati-hati merempit Pastu derang blah. Derang pun sekadar jalan-jalan jek. Ye, memang laju ler sini. Single lane majoriti 100KM/J. Dah ler tu jalannya ber koner sana sini pastu naik turun bukit. Tak masuk akal langsung. Aku pikir kalau 80KM/J ok dah. 1105hrs: Pastu time aku nk petik sedua gamba, aku terdengar orang bercakap. "Ah kejap, aku nak tengok sat moto nih" Ada couple ni datang kat aku. Sembang dia camnih (Si Suami, Si Bini, Aku) Si Suami: Moto mantap Aku: Ah thanks. Si Suami: Pi mana? Moto baru beli ka? bersih kemain. Aku: Perth > Toodyay > Chittering. Beli hapa dah sekenhen dah pun. Rajin dok cuci jaaa Si Suami: Semua kitted up nicely. Aku: Takde hapa sangat, cuma parts, tools dan benda-benda untuk survive jek. Aku rempit sorang-sorang kat rural area, So aku nak betul-betul make sure aku bawak apa yang patut. Tau ler kan, area camnih mana nak cari kedai kalau apa-apa jadik Si Bini: Oh ye betul betul Si Suami: Aku ada kawan, dia ni mat Dakkar. Dia lumba kat Dakkar tahun 2011. Si Bini: Sapa dia? Si Suami: Peter laaa... ala PETER.. peter nama sekian sekian.. Si Bini: oooooo Aku: OOooo.. aku tak leh celen tuh, Dakkar ni memang terer rider derang. Ko rempit gak ke Si Suami: (Tunjuk aku logo kat baju dia) Ha Aku ada moto sekian sekian. Still rempit. Aku minat TT Aku: Aku kata, huh TT, respek aku kat rider TT nih, gila gila Si Bini: Gelak sakan. Si Suami: Okeh, safe ride. Look after yourself. Aku: Thanks (Cam haram kan, tiap kali jumpa orang, mesti tanya samada baru beli atau pasaipa bersih sangat. Takleh hadam aku kenapa suka kotor kotor nih.) Okeh, tanpa membuang masa, aku bertolak ke destinasi. Dalam perjalanan aku dikelilingi oleh scenery bukit yang hijau. Bercampur dengan lalang yang kering kekuningan dek penangan musim panas baru-baru nih. Dalam trip ni aku ada buat diversion untuk lalu jalan yang bukan jalan utama. Jalan kampung gituh. Aku dah masukkan dalam GPS. Masuk masuk jek ada simpang. Aku dah blur. Sebab waypoint aku buat tuh cukup takat masuk simpang jek. Pastu sepatutnya jalan terus jek tembus ke main road untuk ke destinasi. 1114hrs: Aku pusing sana-sini, tak sedap ati gak. Bukan hapa, sini bukan jalan ko leh tembus camtuh jek. Ko masuk jalan tertentu, pastu jalan mati. Ko masuk jalan lain lak, pun jalan mati. takpun rumah orang. Sambil tuh aku stop sat. Snap gamba kat bukit nih. Hijau kemain. Dengan pokok-pokok sebunjut. Kenapa aku gigih sangat amik gamba bukit? Sebab apa tau, tanah Perth ni memang rata. Jarang ko dapat scenery camnih. Penduduk kat sini tanah derang bapak besar ok. Tak salah aku rega tanah sini average daalm 200-300K. Tapi memang berbaloi ler. Dengan scenery dia. Private life. Aku tak puas ati, aku stop sat, refer balik dalam GPS Still failed gak. Dalam dok carik jalan nak kuar, nak terkencing pulak. Awak tahan dah lama dah. Suhu pun rendah dan sejuk. Minum air banyak ko nyah. Aku buat keputusan untuk stop sat, kencing dan refresh balik keadaan Ko mampo dol? Amik gamba aku kencing semata-mata nak ber blog kat sini. Poyo tak hengat. Set 10 secs kat kamera, aku larik then SNAP! Masa aku dok kencing ni aku dengar kambing mengembek ngembek. Mungkin menyahut aku kencing atau dok ejek aku derang gelak ramai ramai. Jalan punya jalan, aku stop balik. Tak puas ati tgk GPS, bukak phone lak. Masalahnya sekarang nih area aku ni takde coverage. So aku betul-betul isolate. GPS takleh nak pikap signal, phone pun takleh gak Peringatan, ni adalah salah satu sebab kenapa aku bawak segala mak nenek dengan aku. Ko akan terputus hubungan dengan dunia luar. Aku bawak GPS, Phone, dan Tablet. Oh dan extra battery. Dalam tablet aku tu ada Offline Map. Tapi aku tak download area yang aku pi nih. Sengal bukan? GIVE UP! Aku patah balik kuar. Dalam perjalanan kuar aku ada terbau bangkai. Dari aku awal tadik ada dah bau seraun dua, tapi kali ni aku carik dari mana datangnya bau bangkai nih. Rupanya kanggaru daaaaaaaa... tepi jalan. Tak tau samada mati sakit tua ke atau kena langgar kete Sejak dari penampakan bangkai tuh, aku tau dah. Bau bangkai ni dari kanggaru atau binatang liar dalam hutan. Korang salu bau bangkai jumpa apa? Kucen? Hanjeng? atau Babi Hutan? Aku jumpa Kanggaru, kelass abis. So aku teruskan perjalan aku ke Toodyay. Tak sampai beberapa minit aku dah nampak signboard Selamat Datang derang. 1211hrs: Welcome to the Shire Of Toodyay! Kalau kat Malaysia, Selamat Datang ke Perlis Indera Kayangan. Kalo kokesen camnih, Welcome to Shire Of Toodyay, Place of Plenty. Maksudnya tempat yang kebanyakan. Cara sebutan dia camnih, "Tujey". Bukan TUDIA!! Tah sapa laa punya spelling. Shire of Toodyay tuh Daerah Toodyay ler. First kokesen sampai sini kununnya tahun 1836. Yang terletak di atas tanah "Balardong Nyoongar" < Nama tempat orang asli derang. Kokesen ni walaupun gigih meratah tanah orang asli, tapi derang masih lagi iktiraf orang asli dan nama derang. (nak jek la teww) Toodyay ni luas, atau nama lain dia Newcastle. Mat British ler ni punya kerja. Hamboih, kat mesia nak konker, sini nak konker. Seperti biasa, jalan kat sini lurus bendul jah. Boleh kata nak hampir sama. Dari signboard aku bertolak makan masa gak ler. Aku ingatkan dah dekat dah. Rupanya jauh lagi. Plan aku untuk ke Free Range Emu Farm. Aku try carik dalam internet pasal lokasi nih. Masalahnya takde langsung lokasi dia yang tepat. Gugel pakai Map lama lak. Tak hapdet. Pegi ke website Toodyay pun tak banyak info. Padahal kat jalan ada signboard suh kona kanan. Pastu aku rempit terus jek tak gak jumpa. Aku dah makin dalam dah. Makin jauh aku pi makin tak nampak kelibat. On the way tu aku stop sat amik gamba di bawah Blackboy Tree Antara 28 spesis rumput golongan "Xanthorrhoea Johnsonii". Nama Blackboy (budak itam? resis giler) sebab badan pokok tu kaler itam di sebabkan kebakaran hutan. Kaler asal badan pokok tu macam kelabu gituh. Nanti aku pindah rumah aku nak tanam pokok nih. Kalau tinggi dia capai 1 meter lebih, anggaran umo pokok tu lebih kurang 100 tahun. Primitif giler. 1259hrs: Aku terpaksa patah balik sebab memang dah tak jumpa dah. Sambung balik ke Toodyay. Time ni kamera DSLR aku dah mati dah bateri dia. Sengal tul. Adaaaaa jek yang tak kena. So dari sini, semua aku amik gamba pakai Henpon dan Helmet cam aku. Dalam perjalanan aku tertarik dengan pemandangan nih. Penuh dengan kambing biri biri merata tempat derang lepak. Meriah tul aku tengok dengan Bapak nya Mak nya Anak nya. Time tu semua usha aku tak puas ati. Pastu mengembek non stop. Mungkin sebab khabar angin aku kencing di tempat terbuka bird tayang kat public dah sampai kat derang. Kat area yang sama gak, aku ada la amik snap gamba sket. Time dah dekat dah dengan pekan. Kemain lagi selfie. Aku pelik ler setting Camera aku nih. Aku bajet dah setel dah setting, mesti ada benda aku tak set betul. Sebab kaler dia satu macam ler. Pastu tak sharp sangat sebab aku tak set 1080p kot? 1323hrs: Aku selamat sampai ke pekan Toodyay. Pekan dia kecik ja. Tak besar mana pun. Ada la geng moto kat situ gak. Set Harley. Nama group to HOG. Kat mesia aku ada perasan derang ada nama group sama dan logo sama. HOG is the Harley Davidson factory sponsored social motorcycle group, the largest riding group on earth! Group moto Harley nih. Sesapa boleh join. Asalkan korang bayar yuran. Kat mesia ada gak nih derang pi rempit kulu kilir. Social ride. HOG dalam nama lainnya ialah BABI. Kalau WIld HOG, Babi Hutan. Jangan marah ek, sekadar penjelasan makna selain HOG. Tau ler kan, Kokesen semua nak relate dengan HOG. Freemason ni kena jaga-jaga. Musuh Islam. Aku perasan tempat ni aku tengok penduduknya tak berapa sedap mata memandang. Muka masam jah. Derang ni aku bajet dok join benda-benda Freemason ni ler. Kalau ko sampai kat pekan nih, ko akan nampak satu signboard "Masonic Lodge". Benda alah ni ada kait dengan Freemason. Ko Google jek ler senang citer. Bahaya neh, kalau derang tau aku ni Moslem, maunya derang kidnap aku pastu salai, pastu makan ramai-ramai. Darah moslem katanya. Ritual kekunun. Pastu aku singgah muzium derang. Muzium ni satu masa dulu adalah penjara. Sebelum aku masuk kedalam, aku mentekedarah dulu makanan timur tengah. Gozleme. Berinti kan spinach dan fetta cheese. Layan dol, kalo kat mesia merata korang leh pelahap. Kat sini ko bawak bekal jek la. Makan pun ala kadar. Tapi ok ler dari takde langsung. Ko pehal Min, komplen kemain ko tak tau berSYUKOR! Muzium ni ko kena bayar $3 entry. Aku masuk jek dok carik orang, takde. Lengang jek. Kat tepi entrance tuh ada logbook ko tulis nama ko, komen dan peti besi untuk letak duit. Aku pikir, hebak tul, duit dalam peti tu ko leh angkat jek bawak balik. Alaaaa peti besi yang surau sekolah dok pakai tu la... kecik jek. So aku letak $3. Kat box tu dia tulis, letak ler duit berapa banyak ko nak letak. Galeri di bawah antara gamba yang aku snap pakai henpon: NEWCASTLE GAOL MUSEUM Klik pada gambaq untuk saiz penuh Pastu aku pi satu cafe nih. Namanya Coca Cola cafe Museum. Apa di dalamnya? Apa lagi? Barang-barang coke ler dari zaman tok naduk sampai ke hari nih: Coca Cola Cafe Museum Klik kat gambaq untuk saiz penuh: Selesai semua, aku singgah isi minyak sat,aku terus bertolak melalui Julimar Road. Minah kat kaunter Isi minyak ni pun dia satu macam muka. Stok muka makan budak. Aku cecepat pek terus aku blah. Kastemer sebelah aku pun muka penyet giler. Seolah-olah tengok lelaki segak macho berketak yang berkulit cokelat ala-ala Brazillian yang kokesen dok giler berjemur sangat semata mata nak kaler cam haku tuh dia rasa macam nak tangkap aku, pastu hanta kat Freemason dia punya supreme Leader kat area dia. Korang tengok ler jalan kat sini. Kalau pekan koboi tu jauh, camni jek la sepanjang jalan. Takde pape langsung. Hutan dan jalan. Oh ye aku nk roger korang. Kat sini sepanjang perjalanan tu ada marking Salib pada satu tempat. Tengok gamba bawah nih Kalau ko mati kat sesuatu tempat tuh, keluarga derang akan buat tanda salib kat tempat dia mati tuh bersetakan bunga. Ada sesetengah tuh siap letak barang kesukaan si mati. Keluarga si Mati salunya akan bersihkan tempat tuh dan salu letak bunga bagai. Aku rasa mungkin derang caya roh si mati kat situ lagi kot. Tapi kalo ko merempit kat sini, memang ko akan nampak ler tanda-tanda nih. Salu mati eksiden. Kadang-kadang teringat gak kandung badan ni ha perihal kematian. Bila laaa turn aku pulak. Sepanjang perjalanan aku ada snap gamba pemandangan yang jarang kita lihat Camni ler pemandangan aku sepanjang perjalanan. Ada yang kering, ada yang hangus terbakar, ada yang hijau ada yang berpasir. Ko rempit jejauh camnih, jalan kosong dan keseorangan jek. Satu-satunya buat ko terhibur ialah muzik dan ceramah aku dok dengar hahahahhahahaha... ko jangan memain. Pastu mula la ko cakap sensorang.
RUMUSAN PERJALANAN Akhirnya aku berjaya sampai rumah dengan selamat dengan izin Nya pada jam 5:30 petang. Aku sangat bersyukur takde problem sepanjang perjalanan aku. Trip kali ni aku kuar agak lewat. Aku harap lepas ni kuar awal pagi. Jangan jadi baloq liat (bahasa utara maksudnya liat nak bangun) Memang layan pi rempit camnih. Boleh tengok pemandangan lain dan berbeza. Kalau rempit dua orang pun layan. Aku rempit camni bukan takmo bergaul, cuma memudahkan aku stop sesuka hati aku. Masa aku dan ruang aku. Ramadhan dah dekat sangat dah. Sepanjang bulan suci ni aku nak service moto. Especially wiring lampu LED aku tuh ha, masa atas jalan, lampu dia berkelip-kelip cam nak mati. Aku rasa wiring tak kena attach betul tuh. Nanti aku bawak-bawak la hapdet sket blog nih. Sekian, aku harap korang enjoy trip nih. Gamba berduyun. Harap-harap pc korang tak hang download gamba-gamba kat atas hahahaaahhah. Oh ya, aku ada amik gamba tren kontena masa kat Toodyay Assalamualaikum! I mean seriously dooowhhh.... apa kes line montot terserlah? tau ler kat dalam semak.. bajet orang tak nampak. Aku baru perasan lepas aku snap gamba. POTONG AAA Ok guys, Selamat Berpuasa, harap-harap menten. Assalamualaikum! dan bawak-bawak laa sebar kan blog aku nih haa.. THANKS! Assalamualaikum! Semalam aku tidur lambat sebab dok packing bagai, update GPS, check list segala mak nenek yg aku perlu bawak utk trip nih walopon half day trip jek. Reason aku bawak segala keperluan ni sebab:
Kat sini kalo tempat jauh-jauh ko kena survive sendiri ler kalau apa-apa jadi. Sebab luar bandar tak banyak kemudahan dan kedai-kedai kalau jadi apa-apa nanti kan. Mana nak cari bang Workshop tengah tengah hutan. Sini kalo pi rempit, kuar jek dari bandar, pastu jalan lurus bengkang bengkok dengan kiri kanan hutan rimba derang, pastu sampai pekan. Then kalo nk pi pekan lain lak, jalan lurus tengah forest Then pekan and so on. Make Sense? Cuaca hari ni quite mendung. Hujan renyai halus sangat. Aku bajet hurmmm layan rempit camnih, baru ada fefeeling Adventure kan? So aku tanpa buang masa aku bertolak menuju ke kedai kopi. PERLEPASANKedai kopi ni kat daerah Victoria Park. Imp coffee. Layan dol kopi dia. Strong and thick. Feveret aku tuh. (kalo sesiapa nak payung aku sila order kopi cam ni ek). Dia pakai kopi jenama Fiorri. Kitorang ada kopi ni kat umah tiap pagi layan.
Punya lah syok aku layan., dalam jam, 8 lebih tuh aku decide nk bertolak. |
PENULISAsalnya dari Kolumpo (KL) hijrah ke tanah kokesen Australia Barat (2005) atas sebab cinta kekdahnya (jiwang ler tew). Dari situ mulalah hidup hamba Nya ini di tanah southern hemisphere. Motif blog hanya sekadar nak berkongsi pengalaman di negara barat. Terutama sekali bab permotoran bertayar dua. (Tayar empat tu ada la selit-selit tu nanti) Kalau rasa-rasa berkenan sangat nak tahu lebih lanjut, silakan ke "ABOUT" page okeh? mampu? ARKIBKATEGORI |